8 Tips untuk elak power naik setiap tahun

1. Pakai cermin mata sepanjang masa

Antara salah faham kebanyakan orang adalah “kalau dah pakai cermin mata, nanti power asyik naik je”. Sebenarnya, power tetap boleh naik walau tak pakai spek sebab bebola mata masih boleh memanjang sehingga power stabil pada umur 18 – 21 tahun. Jadi, memakai cermin mata boleh membantu mengurangkan kenaikan power dengan mengurangkan stres pada mata.

2. Jangan melihat objek terlalu dekat

Sila tegur jika anak anda suka melihat pada jarak terlalu dekat seperti di dalam gambar. Semakin dekat objek dengan mata, semakin kuat mata kena bekerja. Semakin kuat bekerja, semakin tinggi kemungkinan untuk power naik setiap tahun apabila mata penat. Sebaiknya, jika anak selalu berbuat begitu, sarankan untuk mereka rehat sepanjang masa. Jika semakin kerap, bawa mereka untuk pemeriksaan mata.

3. Amalkan tips 20-20-20

Tips ni amat penting untuk membantu mata rehat dan mengawal kenaikan power setiap tahun. Setiap 20 minit bekerja samada melihat handfon, membaca buku atau sebarang kerja dekat, pastikan anda merehatkan mata dengan melihat objek yang jauh selama 20 saat. Otot mata akan rehat apabila melihat benda yang jauh. Bonus jika anda melihat objek hijau 🙂

4. Pakai ubat titis untuk elakkan mata kering

Sekiranya anda mempunyai masalah mata kering, anda digalakkan untuk memakai ubat titis untuk membantu melincirkan mata bagi mengelakkan mata kering. Bagaimana nak tahu mata kering? Dengan membuat pemeriksaan mata penuh terlebih dahulu. Kami menyarankan agar anda memakai ubat titis tanpa pengawet untuk lebih selesa.

5. Kerap membuat aktiviti outdoor

Kajian menunjukkan kanak2 yang ada membuat aktiviti luar rumah setiap hari, adalah lebih berkemungkinan untuk mendapat kenaikan power yang lebih rendah berbanding mereka yang selalu berada di dalam rumah sepanjang masa

6. Tidur dengan cukup

Tidur yang cukup amat penting untuk merehatkan mata. Pastikan anda mempunyai rehat yang cukup, sekiranya kerap tidur lewat setiap hari akan mudah memberi stres pada mata dan menyebabkan mata penat, dan akan mata nak power yang lebih untuk memberi penglihatan yang lebih jelas.

7. Elakkan melihat smartphone di dalam gelap

Melihat smartphone di dalam gelap boleh menyebabkan anda lebih mudah terkena silau malam. Ini kerana mata sudah terbiasa membesar (dilated) pada keadaan gelap. Nasihat kami dan kebanyakan doktor, kalau dah tutup lampu tu lebih baik tidur lah ye

8. Pakai cermin khas untuk mengawal rabun

Kesemua tips di atas adalah berkaitan dengan perubahan gaya hidup anda agar anda mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Kadang2, dah buat semua tu power tetap naik juga. Kenaikan power boleh disebabkan oleh faktor lifestyle dan juga faktor genetik. Oleh itu, anda juga boleh memakai cermin khas yang mempunyai fungsi mengawal kenaikan power. Cermin ini sesuai dipakai seawal usia 6 tahun lagi. 

Kumpul points di HSO

Di HSO, anda akan mendapat points di atas setiap pembelian, points boleh dikumpul dan digunakan untuk menebus pelbagai hadiah menarik. Anda boleh melihat senarai hadiah terkini yang boleh ditebus di link ini atau anda boleh tekan butang di bawah.

Hubungi Kami

Untuk sebarang persoalan, anda boleh menghubungi kami melalui medium berikut

HQ: Whatsapp atau Tel 01118690459
Cawangan Masjid Tanah: Tel 063848208 atau Whatsapp 0102921489
Cawangan Duyong: Tel 062679551 atau Whatsapp 01135349289

Emel: hsoptometry@gmail.com (kami mungkin mengambil masa untuk membalas emel anda)

Scroll to Top