HSO Dulu, Barulah Raya – Kempen Penjagaan Mata untuk Raya Lebih Bermakna
Bulan Ramadan dan Syawal bukan sahaja bulan untuk beribadah dan meraikan kemenangan, tetapi juga masa terbaik untuk memastikan penglihatan kita dalam keadaan terbaik. Oleh itu, HS Optometrist (HSO) memperkenalkan kempen “HSO Dulu, Barulah Raya”, yang bertujuan untuk membantu masyarakat menyelesaikan tiga masalah utama penglihatan sebelum menyambut Hari Raya dengan lebih selesa dan tenang.
Kenali HSO – Optometri Pilihan Utamak Anda
Sebelum kita menyertai kuiz “HSO Nak Belanja Spek Raya”, jom kenali lebih lanjut tentang HSO!
- Apa itu HSO?
- HSO adalah singkatan bagi HS Optometrist, sebuah pusat optometri yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan penjagaan mata. HS adalah singkatan kepada Hawa Saadah, iaitu nama pengasas kami. Selain dari itu, HS juga boleh diertikan sebagai Healthy Sight iaitu misi kami untuk membantu masyarakat mempunyai penglihatan yang JELAS dan SIHAT.
- Apakah tagline utama HSO?
- “Mata Sihat, Kerja Hebat” – Kerana mata yang sihat membantu kita untuk lebih fokus, produktif, dan menikmati kehidupan dengan lebih baik.
- Apakah warna tema rasmi HSO?
- Warna tema rasmi HSO adalah biru turquoise, yang melambangkan ketenangan, kepercayaan, dan warna putih yang membawa ‘profesionaliti’ dalam bidang optometri dan penjagaan mata.
- Berapa jumlah cawangan HSO yang ada?
- HSO kini mempunyai tiga (3) cawangan, iaitu:
- Masjid Tanah, Melaka
- Duyong, Melaka
- Bangi, Selangor
- HSO kini mempunyai tiga (3) cawangan, iaitu:
- Apakah servis dan produk yang ditawarkan oleh HSO?
- HSO menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk berkaitan penjagaan mata, termasuk:
- Eye Spa – Rawatan khas untuk kesihatan mata, sesuai bagi mereka yang mengalami masalah mata kering.
- Cermin Mata – Pelbagai pilihan bingkai dan kanta berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pelanggan.
- Pemeriksaan Mata Komprehensif – Menggunakan teknologi canggih untuk mengesan masalah mata lebih awal.
- Perkhidmatan Khas – cermin mata rabun warna, kanta lekap RGP dan Ortho-K, terapi juling dan pelbagai lagi.
- Lain – lain seperti kanta lekap, sunglass dan aksesori penjagaan mata dan cermin mata.
- HSO menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk berkaitan penjagaan mata, termasuk:
Kempen “HSO Dulu, Barulah Raya” – Fokus pada Penglihatan yang Sihat
Ramai yang sibuk membuat persiapan raya dengan membeli pakaian baru, kuih-muih, dan kelengkapan rumah. Tetapi, adakah mata anda sudah bersedia untuk menyambut Syawal dengan lebih selesa? Kempen “HSO Dulu, Barulah Raya” diwujudkan untuk membantu menyelesaikan tiga masalah utama penglihatan yang sering dialami, iaitu:
- Mata Penat
- Penggunaan skrin yang berlebihan dan gaya hidup moden boleh menyebabkan mata menjadi cepat letih dan kabur, terutamanya untuk golongan dewasa melebihi umur 40 tahun.
- HSO menawarkan pemeriksaan mata komprehensif untuk memastikan penglihatan anda dalam keadaan terbaik, dan mata anda bebas dari sebarang penyakit seperti selaput, glaukoma, retinopati diabetik dan lain-lain.
- Masalah Silau
- Cahaya matahari dan lampu kenderaan boleh menyebabkan ketidakselesaan, terutama ketika memandu.
- Pemeriksaan mata perlu dibuat untuk mengenal pasti punca silau samada datang dari
- rabun yang tidak dirawat
- permukaan kornea mata yang irregular
- masalah sensitiviti cahaya
- Mata Kering
- Kurang berkedip akibat penggunaan gajet dan laptop atau berada di tempat berhawa dingin terlalu lama boleh menyebabkan mata menjadi kering dan pedih.
- Eye Spa di HSO membantu melembapkan kembali mata dan mengurangkan ketidakselesaan.
Kuiz “HSO Nak Belanja Spek Raya” – Peluang Menang Hadiah Eksklusif!
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, HSO menganjurkan peraduan “HSO Nak Belanja Spek Raya” yang memberi peluang kepada anda untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk:
- Set cermin mata Transitions bernilai RM700
- 2 pasang sunglass bernilai RM200 setiap satu
- Tote Bag HSO (5 unit untuk pemenang bertuah)
- Sampul Raya HSO sebagai hadiah saguhati
Untuk menyertai, anda hanya perlu mengisi Google Form dengan menjawab soalan-soalan mudah yang berkaitan dengan HSO disini (jawapan semuanya ada dalam artikel ini!).
Jadi, sebelum sibuk mencari baju raya, pastikan mata anda dalam keadaan terbaik! HSO Dulu, Barulah Raya!
#HSORaya #MataSihatKerjaHebat #SpekRayaPercuma