PEMERIKSAAN MATA KANAK-KANAK
Deria penglihatan sangat penting pada kanak-kanak untuk keseimbangan badan dan belajar berjalan semasa diawal usia. Dengan deria ini juga, mereka meneroka persekitaran dan mengembangkan imaginasi mereka. Pada peringkat usia seterusnya, penglihatan juga penting dalam proses pembelajaran di tadika dan sekolah.
Sekiranya seorang kanak-kanak itu mengalami masalah penglihatan, mereka akan menghadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti harian, malah prestasi pembelajaran juga semakin merosot. Lebih teruk lagi, masalah penglihatan ini (seperti juling dan mata malas) akan berkekalan sepanjang hayat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan pada masa depan mereka, terutamanya dalam pemilihan pekerjaan kelak.
Di HSO, kami menyediakan pemeriksaan khas untuk kanak-kanak, seawal usia 3 tahun. Antaranya ialah:

- Ujian Ketajaman Penglihatan
– Carta huruf digunakan bagi kanak-kanak yang sudah pandai membaca.
– Untuk kanak-kanak yang belum pandai membaca, carta bentuk akan digunakan.
– gambar Snellen + LEA symbol chart –
Ujian Refraktif
– Untuk dapatkan kuasa dan tahap rabun kanak-kanak.
– gambar tengah buat ret + buat sub. Rx –


Ujian Penglihatan Binokular
– gambar RAF Rule, cover test, pentorch –
Ujian Rabun Warna
– gambar Ishihara –

BILAKAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK ANAK SAYA BUAT PEMERIKSAAN MATA?
Pemeriksaan mata kanak-kanak perlu dilakukan secara berkala, supaya masalah seperti peningkatan rabun jauh, juling dan mata malas dapat dikesan dan dirawat dengan lebih awal.
Berikut adalah cadangan waktu untuk kanak-kanak melakukan pemeriksaan mata berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Usia kanak-kanak | Jarak waktu pemeriksaan mata | |
| Tiada gejala / tidak berisiko | Berisiko / bermasalah |
Lahir – 2 tahun | Pada usia 6-12 bulan | Pada usia 6-12 bulan, atau seperti yang disarankan |
3 – 5 tahun | Sekurang-kurangnya sekali antara usia 3 ke 5 tahun | Sekurang-kurangnya sekali antara usia 3 ke 5 tahun, atau seperti yang disarankan |
6 – 17 tahun | Sekurang-kurangnya sebelum bersekolah dan setiap tahun | Sekurang-kurangnya sebelum bersekolah dan setiap tahun, atau seperti yang disarankan |

