Berapa harga cermin sunglass power?
Terdapat beberapa pilihan untuk mereka yang ingin membuat sunglass power.
1. Cermin warna hitam / G15

Cermin ini merupakan cermin ‘ready-stock’ dari kilang.
Kelebihan
- Boleh siap cepat kerana cermin ‘ready-stock’ dari kilang. Anggaran siap dalam 2 ke 5 hari bekerja.
- Cermin nipis kerana ia disediakan dalam indeks 1.61, jadi untuk mereka yang power lebih dari 400 masih boleh memilih cermin ini tanpa risau cermin nampak tebal.
Kekurangan
- Hanya terdapat dalam warna ‘grey’ atau G15 sahaja.
- Power rabun jauh ‘ready-stock’ dari Plano sehingga -600 sahaja dan power silau sehingga -200 sahaja.
- Masih tertakluk kepada stok tersedia di kilang, jika tiada stok perlu tunggu dalam masa 5 hari bekerja untuk kilang topup stok
2. Cermin 'Custom colour'
Pilihan utama untuk mereka yang inginkan lebih banyak pilihan warna.
Kelebihan
- Pilihan utama untuk mereka yang nak ‘follow’ warna asal cermin sunglass tersebut. Seperti sunglass Bonia, ada yang datang dengan warna gradient brown, ada yang gradient purple, dan sebagainya
- Juga bagi mereka yang ingin ‘custom’ warna cermin. Boleh pilih kegelapan dan warna yang diinginkan.
- Cermin ini adalah cermin RX (special order) kepada kilang. Cermin RX lebih lebih ‘sharp’ dipakai dan lebih berkualiti dari segi ketahanan.
Kekurangan
- Mengambil masa 5 ke 14 hari bekerja untuk disiapkan.
- Apabila order telah dibuat, pelanggan tidak boleh berubah fikiran ke warna lain kerana setiap cermin adalah ‘custom-made’
- Indeks ketebalan
- Material (kaca atau plastik)
Terdapat juga beberapa pilihan ‘advanced’ seperti
- Polarised or non-polarised
- Photochromic function
Beberapa pilihan 'advanced'

Cermin polarised
Cermin polarised memberi imej yang lebih jelas bagi si pemakai. Ia sesuai untuk mereka yang suka memancing kerana akan lebih senang nampak ikan (hehe xcaya cuba test)
Walaubagaimanapun, ada individu yang tidak dapat beradaptasi dengan cermin polarised kerana akan selalu nampak seakan-akan pelangi pada pandangan.
Cermin photochromic
Antara trend terkini bagi pemakai kasual dan juga peminat basikal. Kebiasaannya cermin asal tidak terlalu gelap dan menjadi gelap apabila terkena cahaya UV dari matahari. Ia sesuai dipakai bagi mereka yang suka memakai sunglass yang tidak terlalu gelap di kawasan ‘indoor’ seperti mall, dan dapat menikmati keselesaan apabila berada di luar. Ia juga sesuai untuk mereka yang berbasikal bagi beradaptasi dengan keadaan cuaca semasa.

Cermin mirror coat
Untuk mereka yang ingin ‘style points’, mirror coat memberikan warna yang lebih ‘fahionable’ untuk dipakai. Anggapan kebanyakan orang adalah jenis cermin ini lebih senang calar. Sebenarnya, ia mempunyai ketahanan yang sama dengan cermin biasa. Tetapi, sebarang calar lebih senang kelihatan pada cermin mirror coat berbanding cermin biasa.
Terdapat cermin ready-stock mirror coat bagi power sehingga -400 pada harga RM 380!
MAKLUMAN PENTING
1. Harga yang dinyatakan adalah harga asal dan tidak meliputi sebarang promosi terkini yang dijalankan
2. Pelanggan boleh menghubungi kami untuk sebarang kekeliruan dan pengesahan harga terkini berdasarkan diskaun dan promosi semasa
Untuk sebarang pertanyaan, tekan pautan berikut untuk menghubungi kami melalui Whatsapp

