Perkhidmatan HS Optometrist
Pemeriksaan Mata

Pemeriksaan Refraktif
Menguji tahap ketajaman penglihatan, dan memeriksa kuasa (power) dan tahap rabun individu.
Pemeriksaan Slit Lamp
- Memeriksa bahagian hadapan mata seperti kelopak mata, air mata, kornea, konjunktiva, iris, pembukaan anak mata dan kanta mata.
- Untuk mengetahui kualiti dan kuantiti air mata dalam diagnosis mata kering.
- Memeriksa selaput luar dan dalam mata (katarak: penyebab kebutaan utama di Malaysia)
- Merupakan pemeriksaan asas untuk pemakaian kanta lekap


Pemeriksaan Fundus
- Memeriksa bahagian belakang mata seperti retina, makula, saraf optik dan sebagainya.
- Untuk mengesan dan memantau pelbagai penyakit mata seperti glaukoma, oklusi vena retina dan retinopati diabetik (penyebab kebutaan ke-2 di Malaysia)
Pemeriksaan Tonometri
- Mengukur tekanan bola mata
- Merupakan pemeriksaan wajib dalam ujian saringan glaukoma (penyebab kebutaan ke-3 di Malaysia)


Pemeriksaan Penglihatan Binokular
- Menguji keupayaan individu menggunaan kedua-dua mata secara serentak untuk melihat sesuatu objek secara jelas dan selesa.
- Biasanya pemeriksaan dijalankan pada individu yang bergejala dan kanak-kanak.