Perkhidmatan HS Optometrist
Pemeriksaan Kanta Lekap
Kanta lekap (contact lens) merupakan alat bantuan penglihatan yang dipakai secara terus (rapat) di atas lapisan kornea mata.
Terdapat pelbagai jenis kanta lekap di pasaran masa kini, dan dipakai dengan pelbagai tujuan tertentu; termasuk menggantikan cermin mata, mengawal rabun jauh untuk kanak-kanak dan untuk tujuan kosmetik.
Namun, tahukah anda hanya optometris yang berdaftar sahaja yang boleh mempreskripsi kanta lekap?
Dan tahukah anda, tidak semua orang sesuai pakai kanta lekap yang biasa?
Pemeriksaan kanta lekap ini merupakan pemeriksaan mata rutin yang perlu dijalankan oleh pemakai kanta lekap, sekurang-kurangnya sekali pada setiap 6 bulan (atau seperti yang dicadangkan oleh optometris anda).
Di HSO, kami menawarkan perkhidmatan pemeriksaan untuk pemakaian kanta lekap, untuk memastikan bahagian depan mata anda sentiasa sihat.
Pemeriksaan kanta lekap termasuk:

Pemeriksaan Refraktif
- Untuk mendapatkan kuasa dan tahap rabun individu

Ujian Refraktif
- Untuk dapatkan kuasa dan tahap rabun kanak-kanak.

Pemeriksaan Keratometri
- Untuk mendapatkan ukuran kornea mata

Pemeriksaan Slit Lamp
- Untuk memeriksa kesihatan bahagian depan mata
- Memeriksa taburan air mata
- Memeriksa kesesuaian kanta lekap dengan mata

