PENYELESAIAN RABUN WARNA

Ramai menganggap individu yang mengalami masalah rabun warna hanya boleh melihat warna hitam dan putih sahaja. Tanggapan itu salah kerana ada individu yang mengalami masalah rabun warna tetapi masih boleh melihat warna yang lain (selain hitam dan putih). Namun, persepsi warna yang dilihatnya adalah berbeza daripada individu yang normal. 

Berikut adalah simulasi yang dilihat oleh individu yang mempunyai jenis rabun warna yang berbeza.

FAKTOR RISIKO RABUN WARNA
• Faktor genetik (ada di kalangan ahli keluarga yang mengalami masalah rabun warna).
o Lelaki lebih mudah mewarisi rabun warna.
• Faktor kesihatan seperti :
 o Kencing manis o Katarak o Degenerasi makula o Glaukoma
• Faktor ubatan (seperti ubatan untuk artritis rheumatoid dan Tuberculosis).

Di HSO, kami menyediakan pemeriksaan warna Ishihara, sebagai saringan pemeriksaan mata kanak-kanak dan salah satu cara untuk mengdiagnosis rabun warna. Ujian Ishihara ini merupakan ujian yang paling digunakan untuk mengdiagnosis rabun warna.

Diagnosis awal rabun warna adalah penting kerana ini membantu anak-anak untuk memilih kerjaya yang tidak banyak membabitkan warna. Tiada ubatan yang boleh menyembuhkan rabun warna sejak kecil. Tetapi ada kanta khas yang dikenali sebagai ChromaGen untuk individu yang mengalami rabun warna.

 

Rabun warna tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan dan pembedahan. Namun, terdapat kanta khas yang dikenali sebagai ChromaGen yang dapat membantu individu yang mempunyai rabun warna. . Pernahkah anda dengar tentang ChromaGen ?

APA ITU CHROMAGEN ?
• Sejenis alat optikal (cermin mata atau kanta lekap khas) yang mempunyai penapis warna tertentu.
• Membantu untuk meningkatkan tona warna agar individu boleh membezakan warna.
• Membantu individu yang mempunyai masalah rabun warna untuk mengecam warna dengan lebih baik.

Namun, kejayaan ChromaGen bergantung kepada jenis dan tahap rabun warna seseorang individu itu.

Anda mengalami rabun warna? Ingin merasakan perbezaan dengan ChromaGen? Kunjungi HSO sekarang untuk pengalaman yang berbeza semasa pemeriksaan rabun warna.

Scroll to Top