Perkhidmatan HS Optometrist
Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak
Deria penglihatan sangat penting pada kanak-kanak untuk keseimbangan badan dan belajar berjalan semasa diawal usia. Dengan deria ini juga, mereka meneroka persekitaran dan mengembangkan imaginasi mereka. Pada peringkat usia seterusnya, penglihatan juga penting dalam proses pembelajaran di tadika dan sekolah.
Sekiranya seorang kanak-kanak itu mengalami masalah penglihatan, mereka akan menghadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti harian, malah prestasi pembelajaran juga semakin merosot. Lebih teruk lagi, masalah penglihatan ini (seperti juling dan mata malas) akan berkekalan sepanjang hayat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan pada masa depan mereka, terutamanya dalam pemilihan pekerjaan kelak.
Di HSO, kami menyediakan pemeriksaan khas untuk kanak-kanak, seawal usia 2 tahun. Antaranya ialah:

Ujian Ketajaman Penglihatan
- Carta huruf digunakan bagi kanak-kanak yang sudah pandai membaca.
- Untuk kanak-kanak yang belum pandai membaca, carta bentuk akan digunakan.

Ujian Refraktif
- Untuk dapatkan kuasa dan tahap rabun kanak-kanak.

Ujian Refraktif
- Untuk mengenalpasti kadar kuasa cermin mata yang sesuai dengan tahap kesihatan mata kanak-kanak

Ujian Rabun Warna
- Untuk mengenalpasti samada kanak-kanak menghidapi masalah rabun warna