Kanta Lekap Separa Keras

  • Dikenali sebagai Rigid Gas Permeable (RGP).
  • Diperbuat daripada silicone acrylate atau fluorosilicone acrylate.
  • Hanya boleh dipreskripsikan oleh optometris bertauliah sahaja
  • Saiznya lebih kecil daripada kanta lekap lembut dan lebih kecil daripada diameter kornea.
  • RGP adalah lebih keras dan tegap.
  • Masih lagi kurang diketahui oleh orang ramai akan kewujudannya.
  • Sesuai untuk mereka yang mementingkan penglihatan jelas, natural dan luas tanpa halangan bingkai.
  • Lebih sesuai untuk individu yang mempunyai power silau (astigmatism) tinggi & melebihi -2.00DC.
Picture5

            RGP juga digunakan pada kornea individu yang mempunyai Keratoconus. Keratoconus adalah sejenis keadaan di mana kornea seseorang itu menjadi nipis dan berbonjol membentuk kon serta menyebabkan power mata semakin naik terutama sekali power silau (astigmatism). Keadaan ini adalah progresif dan boleh berlarutan sehinggalah penglihatan individu tidak dapat dibantu dengan penggunaan cermin mata. Jadi, di peringkat awal pengesanan Keratoconus, RGP dapat membantu untuk melambatkan proses ini dan membantu memberikan penglihatan yang lebih baik berbanding cermin mata.

          RGP juga dikatakan mampu untuk mengawal kenaikan rabun jauh (myopia) dalam kalangan kanak-kanak. Tetapi, penggunaan RGP perlu diberikan pantauan lebih kerana seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan kanak-kanak adalah aktif dan RGP berpotensi untuk teralih daripada kornea kerana saiznya yang kecil dan berisiko akan mencederakan kornea kanak-kanak. Material RGP juga digunakan dalam teknologi kanta Orthokeratology (Ortho-K) di mana ia berpotensi untuk mengurangkan rabun jauh di siang hari secara sementara jika dipakai ketika tidur malam. Haaa menarik kan? Untuk mengetahui lebih tentang Ortho-K, teruskan pembacaan ye!

Picture6
Tidak mudah berubah bentuk dan koyak.
Lebih banyak oksigen ke kornea dan meningkat-kan tahap kesihatan kornea.
Lebih sesuai untuk mata kering kerana saiznya yang kecil dan tidak menyerap air mata.
Boleh digunakan lebih daripada setahun bergantung kepada power dan keadaan RGP
Mengawal kenaikan rabun jauh (myopia) dan digunakan dalam teknologi Ortho-keratology (Ortho-K)
Memberikan penglihatan yang jelas kepada individu yang mempunyai power silau (astigmatism) melebihi -2.00DC
Previous slide
Next slide
Kurang selesa di awal pemakaian kerana material yang keras
Berisiko untuk calar dan pecah jika tidak dijaga dengan baik.
Kurang sesuai untuk bersukan kerana saiznya yang lebih kecil dan mudah teralih daripada kornea mata.
Habuk dan deposit berpotensi berkumpul di bawah kanta RGP.
Previous slide
Next slide

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR UNTUK ....

  • Melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap di siang hari?
  • Melihat jelas tanpa melakukan pembedahan refraktif mata seperti LASIK?
  • Melihat dengan jelas ketika bersukan tanpa sebarang alat bantuan melihat?

Jika YA, Orthokeratology (Ortho-K) adalah penyelesaiannya!

BAGAIMANAKAH ORTHO-K BERFUNGSI?

  • Kornea setiap individu adalah unik, seperti cap jari! Kornea mata kanan tidak semestinya sama dengan kornea mata kiri.
  • Oleh itu, topografer kornea diperlukan untuk mengambil ukuran kornea mata kerana kanta Ortho-K direka khas mengikut kontur mata individu.

Rabun jauh terjadi kerana bola mata panjang dan kornea terlalu melengkung.

Keadaan kornea mata apabila diletakkan Ortho-K pada waktu malam.

Semasa tidur, kornea mata mengikut bentuk Ortho-K dan menjadi kurang melengkung. 

Di siang hari, selepas Ortho-K ditanggalkan, kornea menjadi kurang melengkung dan menyebabkan rabun jauh semakin berkurangan.

SIAPAKAH YANG SESUAI & TIDAK SESUAI MEMAKAI ORTHO-K ?

Ingin penglihatan jelas yang sementara tanpa cermin mata dan pembedahan refraktif
Aktif bersukan dan lasak.
Kanak-kanak yang perlu dikawal kenaikan rabun jauh (myopia).
Rabun jauh kurang daripada -5.00DS dan rabun astigmatism kurang daripada -1.50DC.
Previous slide
Next slide
Cedera atau radang yang memberi kesan pada kornea, konjunktiva atau kelopak mata.
Alahan kepada material Ortho-K atau kandungan cecair pencuci kanta.
Mengalami masalah mata kering yang kronik.
Menghidap penyakit sistemik badan yang mengganggu bahagian kornea.
Previous slide
Next slide

PERBEZAAN RGP BIASA DAN ORTHO-K

Disediakan oleh :
Yazlin binti Yazid
Optometrist (MOC : O02019),
HS Optometrist Sdn. Bhd.

Scroll to Top